IPOH: Seorang pegawai wanita di sebuah agensi kerajaan kerugian RM168,000 akibat ditipu sindiket penipuan menerusi telefon yang turut menyamarkan diri sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata mangsa berusia 45 tahun dan berasal dari Taman Tawas Gemilang di sini menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 5 Januari lepas.
Beliau berkata suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai farmasi dari KKM mendakwa mangsa telah mengambil beberapa ubat terkawal dari Hospital Georgetown, Pulau Pinang.
"Mangsa menafikan perkara tersebut dan telah diminta oleh suspek untuk membuat laporan polis.
"Mangsa kononnya telah disambungkan kepada "pegawai polis" dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan dimaklumkan mempunyai rekod terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram," katanya.
Yahaya berkata bagi menyakinkan wanita itu, seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman telah menghubungi mangsa dan mengarahkannya membuat pengeluaran daripada akaun simpanan berjumlah RM168,000 untuk dimasukkan ke dalam lima akaun berbeza.
Suspek turut memberinya sepucuk surat bertulis 'Polis Diraja Malaysia' yang mengandungi butiran kononnya mangsa disyaki terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram serta waran tangkap ke atas mangsa.
"Mangsa akhirnya menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis semalam," katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Mangsa berusia 45 tahun dan berasal dari Taman Tawas Gemilang menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 5 Januari lepas. - Gambar hiasan/Freepik
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.